Thursday, July 12, 2012

B saya ^_~

wUw  @sekiNchan
Assalamualaikum..Allahumasoliala Saidina Muhammad..^_^

B saye..First time kite kenal masa mak la bawak kamu jumpe saye..saye tak penah pun jumpe kamu@kawan2 kamu yang lain so saya tak tahu ape rupa dalam kamu, nampak luar jek..4 hari after beday saye kite jumpe..mase tue ujan turun agak lebat kat depan blOk biOinfo, fakulti sains, UM..bile saye masuk je dalam awak.. Ya Allah, i'm falling in lOve with yOu..<3<3 Alhamdulillah Allah jodohkan saye ngan kamu..dah laa besdei kamu same ngan saye..sO adiah besdei tahun lepas adalah kamu..^_^ bile dapat nO pendaftaran same ngan beday saye, saye hepi sangat..:D Every year kite sambut bedei same2 laa yek..saye adiah kan kamu rOad tax laa..hikhikkk..:P InsyaAllah saya akan jaga kamu dengan sebaik mungkin..kamu lah yang saya bawak setelah saye dapat lesen..hehee~ 20km/h..hahaaa~ seb baik um-pantai permai jek..:P tekan lebey 40km/h pun dah rase laju..kikikiii~  sweetkan memori kite..naik divider laa, kene langgar tanpa sedar laa..hari-hari parking tempat mencabar laa..macam-macam lagi..saye tulis nie sambil tersenyum tau inCik B..sori laa sekarang tak sempat nak manjakan kamu..sOb..sOb..tapi i lap u berry much tau.. Alhamdulillah, terima kasih Allah kurniakan awak kat saye, senang saye nak pegi program dekatkan diri saye padaNYA..^_^ teNgkiu for being with me until nOw..B wUw..sayang kamu lillahi taala..Subanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..^_^

Sunday, August 7, 2011

RiNdu~

aiDilfitri 2004~
rindu papa saya sangat..bile tengok gambar papa lama pasti saya akan terbayang semua kenangan bersama dan pastinya air mata menjadi peneman..pengubat rindu..:'(

Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh papa..tempatkanlah dia dikalangan hamba-hambaMu yang beriman..Ampunilah dia atas kesalahan-kesalahannya dan kesalahan diriku Ya Allah..pertemukanlah kami disyurgamu kelak..ameen ya Rabbal alamin..al-fatihah~

Saturday, July 16, 2011

kaU yaNg kuRindui.. :'(

 
Kelmarin saya jumpa kamu lepas saya calling-calling dan saya jumpa kamu dalam bilik saya..saya ingat saya dah kehilangan kamu..sambil nangis-nangis saya amik kamu..tapi bila saya terjaga..kamu tiada bersama saya..rupa-rupanya..saya hanya mimpi kamu...:'(

Saya rindu kamu..kamu cinta pandang pertama saya..macam B saya..jaga diri bebaik bersama tuan baru kamu..rindu itu pasti bertandang dihati ini~

Wednesday, July 13, 2011

haRapaNku pada Yang Maha Satu^^

Ya Allah Ya Tuhanku, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah KAU biarkan aku merindukan kehadirannya, janganlah KAU biarkan aku melabuhkan hatiku dihatinya, kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari mtaku dan usirlah dia dari relung hatiku..
Gantikanlah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dadaku ini dengan kasih dari dan padaMU yang tulus murni.Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat..Tetapi jika KAU ciptakan dia untukku, tolonglah satukan hati kami, bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seadanya. Berikanlah aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya..Lembutkanlah dia agar dia juga mencintai dan mahu mengerti dan menerimaku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku telah KAU ciptakan. Yakinlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela membahagi suka dan dukanya denganku, ya Tuhan.Ameen ya Rabbal alamin..^^

Sunday, July 10, 2011

iMpiaN baHtera ciNtaKu~

“..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKU supaya mereka menjadi baik serta betul..” Al-baqarah:186
“Berdoalah kami kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” Ghafir:55
  
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ya Allah..
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kebahagiaan itu kekal abadi..

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..
Tetapi Ya Allah..
Seandai telah Kau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangnya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang Tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamaMu ini….
Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini..

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..
Amin Ya Rabb al-'Alamin..

"sesuatu yang telah ditakdirkan untukku, pasti akan aku dapat meskipun aku lari darinya, dan sesuatu yang ditakdirkan bukan untukku, pasti aku tidak akan dapat walau aku bersusah payah untuk mendapatkannya" (Abu Hazim Al Makki-Aulia )

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat... ^^ (Hamka)


Tuesday, November 23, 2010